Labels

Showing posts with label SPECIAL FOODS IN SARAWAK. Show all posts
Showing posts with label SPECIAL FOODS IN SARAWAK. Show all posts

Friday, 26 July 2013

MANOK PANSUH










Manok Pansoh adalah sejenis makanan dimana ayam dimasak dalam buluh. Makanan ini merupakan makanan tradisional masyarakat Iban. Cara menyediakannya sama seperti menyediakan lemang di semenanjung.'Manok' bermaksudd ayam dan 'Pansoh' bermaksud dimasak dalam buluh. Dalam Bahasa Iban pula,dikenali sebagai 'Manuk Pansuh' ataupun ' Manuk Lulun'. Oleh sebab cara masakan ini berasal daripada masyarakat Iban, maka selain ayam bahan-bahan lain seperti daging babi dan ikan disediakan mengikut cara yang sama. 

MEE KOLOK









Mee Kolok pada asalnya bukanlah makanan asal bumiputra Sarawak.Mee kolok adalah makanan yg dibawa oleh masyarakat cina sarawak yg datang berhijrah ke sarawak. Oleh sebab itu mee kolok banyak dihidangkan di semua kedai makanan cina di Sarawak.Mee kolok antara mee yg popular di Sarawak, dan semakin terkenal di kalangan masyarakat Melayu, walau bagaimanapun tidak banyak kedai makanan Melayu yang menghidangkan mee kolok dan terdapat sedikit pengubahsuaian rasa hidangan. Terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada mee kolok iaitu mee kolok (Melayu), Kampua (cina),Mi Rangkai dan mi kering (iban).

LAKSA SARAWAK







Laksa sarawak 100 peratus berbeza daripada laksa-laksa di semenanjung baik dari segi 'mee' yang digunakan dan kuahnya. Laksa Sarawak, walaupun kuahnya nampak seperti kari, tetapi sebenarnya bukanlah seperti rasa mee kari. Laksa sarawak rasa lemak, dan dicampur dengan daging ayam rebus yang dicarik-carik, tauge rebus separuh masak, udang rebus, hirisan telur goreng dan beberapa bahan lain. Semasa dihidangkan,laksa sarawak dihidangkan bersama dengan sambal belacan dan limau kasturi.

KEK LAPIS SARAWAK


Makanan yang terkenal di sarawak ialah Kek Lapis .Kek lapis Sarawak merupakan sejenis kek/kuih yang paling popular di sarawak. Kek lapis ini sangat popular ketika sambutan perayaan di sarawak spt Hari Raya, Krismas, Gawai Dayak, dan tidak ketinggalan Tahun Baru Cina. Kek ini mempunyai berpuluh-puluh jenis corak atau pattern dan setiap jenis mempunyai nama tersendiri yang dicipta oleh orang yang mula-mula mencipta corak atau pattern kek itu. Harga kek juga bergantung kepada besar, jenis corak dan kepayahan membuat kek tersebut. Jadi semakin besar, semakin banyak corak, semakin susah membuat kek tersebut,maka semakin mahal harga kek tersebut. Jenis-jenis kek lapis yang terdapat di pasaran jenis roll, kipas, batik jawa, kristal,aiskrim anika, tulip, ketumpat dan bintik-bintik.