Friday, 26 July 2013

PERAYAAN PESTA KAUL MELANAU










Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Ia bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun mereka.Ia dirayakan pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.Asal usul perayaan ini dikatakan berbalik pada berkurun dahulu, dimana mereka mempercayaai kepercayaan animisme.

Perayaan ini disambut dengan meriah oleh orang Melanau di sepanjang persisiran pantai Sarawak. Tibou, iaitu buaian setinggi 20 kaki adalah puncak perayaan ini.Pemuda-pemuda akan melompat dari buluh bengkok yang panjang dan akan menangkap tali berayun yang tinggi. Sehingga tujuh atau lapan orang akan bergayut di buain gergasi ini.Ianya akan berbuai-buai di tepi pantai.

Kaul ini juga bukan setakat buaian gergasi. Ia adalah pesta warna warni yang diserikan dengan bot-bot berhias, sukan pantai, dan makanan- makanan Melanau yang enak.Biasanya di musim monsun kuala sungai akan ditutup, dengan tiada seorang pun akan dibenarkan keluar masuk. Semuanya menjalani upacara menyucikan diri.

Kaul dimulakan dengan bot-bot berhias berlayar dengan membawa ‘seraheng’ iaitu bakul dari buluh.Sementara itu ‘bapa Kaul’ atau ketua perayaan akan menjamu semangat dengan jampi dan jamuan.Selepas itu terdapat juga permainan pantai, pertunjukan seni mempertahankan diri, tarian tradisional Melanau dan jamuan makan.

Setelah matahari terbenam, pesta disambung di rumah-rumah. Orang-orang akan mengunjungi sanak saudara dan sahabat handai sebagai tanda muhibbah.’ Sago’ adalah juadah yang istimewa dimasa Kaul ini. Ia adalah sagu yang dimasak dengan pelbagai cara sehingga membangkitkan keenakannya. Orang Melanau memang terkenal sebagai penebang sagu yang mahir di Sarawak.

Walaupun Kaul Melanau ini tidak begitu popular dikalangan orang luar, tetapi masyarakat Melanau merayakannya dengan begitu meriah, sehingga seminggu lamanya.

PERAYAAN GAWAI DAYAK









Perayaan Gawai Dayak secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi Iban, Bidayuh dan Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut di Sarawak, dan orang Dayak di Kalimantan untuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

Selepas menuai, beras sudah tentunya banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara (Tuhan) orang Dayak yang selalunya disertakan dengan korban babi dan ayam terutamanya dan ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara. Oleh itu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.

Pesta Gawai Dayak pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pada jendela waktu ini, pelbagai jenis gawai boleh diadakan mengikut kehendak masing-masing. Bagi mereka yang tiada gawai tertentu, mereka meraikan Gawai Dayak yang menandakan penghasilan musim menuai dan menyambut kedatangan tahun baru untuk musim penanaman padi yang baru.

Pesta Gawai Dayak di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964. Mula-mulanya, hari cuti umum ini dikenali sebagai Hari Sarawak semasa zaman penjajahan Brooke tetapi selepas penubuhan Persekutuan Malaysia, hari cuti umum ini pada setiap 31 May dan 1 Jun dinamakan Gawai Dayak.

KAUM MELAYU SARAWAK











Masyarakat Melayu merupakan 21% daripada keseluruhan populasi masyarakat di Sarawak. Kebanyakan mereka bekerja sebagai nelayan. Pada masa sekarang, ramai masyarakat Melayu sudah berpindah ke bandar di mana mereka telah melibatkan diri dalam pelbagai profesion sama ada di sektor awam atau swasta.
Kebanyakan rumah di perkampungan Melayu Sarawak diperbuat daripada kayu dan kebanyakannya masih terletak di tepi sungai yang jauh daripada bandar atau pekan. Mereka masih bergantung kepada industri tradisional seperti mengukir kayu, perak dan membuat tenunan kain songket.

Masyarakat Melayu Sarawak adalah beragama Islam di mana Islam telah dibawa ke Asia sejak 1000 tahun dahulu. Agama Islam banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu Sarawak terutama aspek kebudayaan dan kesenian. Bagi aspek pembinaan, kebanyakan rumah atau bangunan mempunyai simbol atau ciri-ciri keislaman. Begitu juga dengan adat resam perkahwinan yang sememangnya berlandaskan Islam.

KAUM MELANAU















Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.




Masyarakat Bidayuh merupakan masyarakat etnik Sarawak yang rata-ratanya mendiami kawasan bukit di luar bandar Kuching. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bidayuh dan masing-masing mengamalkan pegangan serta adat resam yang tersendiri. Kebudayaan dan adat resam ini banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur ritual dan kepercayaan yang mereka anuti. Berikut dipaparkan adat resam masyarakat Bidayuh berkaitan kelahiran, perkahwinan dan kematian secara ringkas dan menyeluruh.